Friday, May 8, 2009

MINGGU KETIGA...

DR.MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

- KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

1. Menurut Oliver (1998)- Perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
2. Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
3. Dalam pendidikan ketidakpastian mestilah dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa hadapan generasi muda.


1. PERUBAHAN KEARAH PENINGKATAN
- Memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi :


a) Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b) Memperkenalkan teknologi baru
c) Mengadakan program pembangunan staff untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staff

2. PERUBAHAN STRATEGI ORGANISASI

- Melibatkan keseluruhan organisasi seperti :
i. Mendefinisikan semula peranan organisasi
ii. Perubahan nilai teras organisasi
iii. Perubahan struktur dan strategi organisasi
iv. Mendefinisikan semula staff dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan system ganjaran

- PERUBAHAN REAKTIF
- Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan( stakeholders).
i. Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
ii. Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

- PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

- Dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetatif.

- Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:

i. Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
ii. Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
iii. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
iv. Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
v. Perubahan dalam trend tenaga kerja.


3. PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS
1. Perubahan ini dikaitkan dengan evolusi dan revolusi
i. EVOLUSI
- Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedekit dalam tempoh jangka panjang.
- Menyebabkan perubahan ketara dalam status quo
ii. REVOLUSI
- Perubahan yang pantas
- Perubahan yang meninggalkan kesan yang membinasakan.

2. Kompleksiti/ kerumitan perubahan merupakan focus bagi mendapat maklumat tentang perubahan dan tindakan yang diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

4. PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI
- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
- Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi.
- Terdapat 6 dimensi yang perlu di fahami :

1. Tujuan Perubahan
2. Unit Perubahan

3. Sifat Perubahan

4.Magnitud Perubahan

5.Skop Perubahan

6.Jangka masa perubahan


- Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar


.- Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan.


- Manakala perubahan dalam skala yang kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.



i) Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam.Sikap & amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.



ii) Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.



iii) Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.



- Chamber ( 1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran dimana setiap kitaran perubahan di jangka berakhir dalam tempoh 10-15 tahun.

- Setiap kitaran bermula dengan tekanan & di ikuti dengan pengubahsuaian yang di implementasikan.

1. MODEL PENGGABUNGAN ROJER

- Proses inovasi bermula apabila masalah @ keperluan telah dikenalpasti.

- Ia berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, @ jangkaan pembangunan masa akan datang.

- Apabila masalah @ keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu bagaimana akan di selesaikan.

- Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.

- Roger ( 1995)- Inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

- Perkara ini dikatakan sebagai knowing in-action iaitu inovasi yang dihasilakn melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. MODEL KONTER


- kONTER (1998 )- Struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. 4 tugas inovasi iaitu :

  • Penjanaan Idea
  • Membina Idea
  • Realisasi Idea
  • Pemindahan Idea

3. MODEL RAND

- Berasaskan kajian - Rand Cooperation (1973-1978) dengan sokongan pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan.

- Tujuan utama- Menentukan faktor yang menyebabkan @ menghalang perubahan pendidikan.

- Memandu kearah pengumpulan data& analisis.

- Berman& Mclaughlin- proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah :

  • Daya usaha
  • Implementasi
  • Penggabungan

4. MODEL ACOT

- Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT )- Pengenalan komputer dalam kelas.

- Kesimpulan- Kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.

-5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran :

  • Kemasukan
  • Memilih
  • Menyesuiakan
  • Penggunaan
  • Mereka cipta.

KERJA KUMPULAN

-Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & Bincangkan cara penyelesaian.

1. 8 Sebab menentang perubahan.

i) Perubahan yang tidak pasti- Ini kerana ketdakpastian terhadap perubahan yang akan berlaku sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.

ii) Perubahan yang drastik- Seseorang tidak dapat menerima jika berlaku perubahan yang drastik kerana ia telah mengubah cara kehidupan secara mendadak.

iii) Perubahan yang mengancam keselamatan- Masyarakat akan menentang jika berlaku perubahan yang akan memberikan impak terhadap kehidupan mereka.

iv) Perubahan yang kompleks- Menyebabkan seseorang akan keliru untuk membuat pilihan yang tepat.

v) Tahap pemikiran yang berbeza- Penentangan akan berlaku jika berlaku perubahan yang tidak dipersetujui umum kerana terdapat pelbagai pemahaman dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain.

vi) Faktor budaya- Penentangan akan berlaku terhadap sesuatu perubahan yang bercanggah dengan amalan kebudayaan setempat menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap suatu perubahan tersebut masyarakat asli yang sukar untuk menerima perubahan moden kini dan mereka ini masih kuat memegang kuat amalan kebudayaan mereka dalam kehidupan.

vii) Berkepentingan - Penentangan akan wujud jika sesuatu perubahan yang berlaku adalah mempunyai kepentingan tersendiri pada pihak tertentu.

x) Perubahan yang tidak bermanfaat- Suatu perubahan yang berlaku tidak mendatangkan manfaat kepada semua peringkat masyarakat malahan pembaziran yang lebih ketara menyebabkan ramai yang menentang dengan perubahan tersebut

CARA PENYELESAIAN

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.

2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data @ maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.

3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.

4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.

5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.








































No comments:

Post a Comment