DR.SITI FATIMAH BINTI MOHD YASSIN
11.05.2009
Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan (Jonhson, 2005)
Kajian Keperpustakaan
- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan
- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan
Membanding dan Membezakan
- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti, dan unsur
sesuatu objek atau peristiwa
- Kemahiran ini digunakan apabila :
o Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
o Membuat pilihan atau keputusan
Menganalisis
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir
Menilai
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi :
o Memilih sesuatu
o Menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat Kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan- kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan merangkumi sesuatu, meramal atau menyokong pernyataan
Mensintesis
- Menggabungkan idea, unsur, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar