Sunday, May 3, 2009

MINGGU KEDUA......

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN




Aktiviti 1



  1. Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru II
    Refleksi keatas masalah dalam diri anda
    a) Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
    b) Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
    Matlamat ( umum )
    Senaraikan objektif

    Pelan tindakan
    1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
    2. Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
    3. Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
    4. Bagaimana anda ingin menilai sama ada yang dirancang dan dilaksanakan tercapai

Masalah Dalam Diri


(i) Ketepatan masa


Semasa mengikuti program Bina Insan Guru dan selepas pulang dari sana saya dapati diri saya ini masih lagi tidak dapat menguruskan masa dengan betul. Saya masih tidak dapat menepati masa dengan baik seperti menghadiri kuliah dan perjumpaan yang diadakan.


(ii) Kurang Persediaan


Selain daripada itu, saya juga kurang persediaan diri dari segi maklumat atau pengetahuan tentang sesuatu perkara sebelum saya menghadiri kelas atau kuliah. Ini menyebabkan saya sukar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah.


MATLAMAT


Saya ingin menjadi seorang pelajar yang aktif, kreatif dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.


OBJEKTIF

  • Merancang pengurusan masa dengan lebih sistematik dan sentiasa menepati masa.

  • Melahirkan individu yang sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

PELAN TINDAKAN


Langkah-langkah yang perlu diambil ialah :


1. Saya hendaklah sentiasa muhasabah diri untuk membaiki kelemahan dalam diri.


2. Akan menguruskan masa dengan sebaik-baiknya dengan menyediakan jadual dan melaksanakannya berdasarkan jadual.


3. Saya akan membuat persediaan awal dalam semua perkara.


MENGUMPUL DATA

1. Melihat semua perkara yang dilakukan oleh diri ( muhasabah diri )

2. Bertanya pandangan rakan tentang diri kita, kelemahan dan cara memperbaiki diri.


MEMANTAU APA YANG DIRANCANG



  1. Membuat jadual secara terperinci

  2. Rakan sebagai pemantau utama

  3. Melihat hasil daripada tingkahlaku diri sendiri.


AKTIVITI 2


Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama : Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar


Bahagian ibadat


Tajuk: Bersuci ( Najis )


Masalah - Cara penyucian najis antara 3 peringkat najis iaitu



  • Najis Mughalazah

  • Najis Mutawasitah

  • Najis Mukhafafah

Guru biasanya akan membuat teknik pengajaran syarahan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami cara-cara penyucian najis. Ini kerana guru memberi pendedahan secara teori sahaja. Pelajar tidak dapat mengaplikasikan cara penyucian najis yang sebenar.


MATLAMAT

  • Mengatasi teknik pengajaran dalam bilik darjah agar lebih berkesan.

OBJEKTIF

  • Merancang pengajaran yang menarik dan berkesan

  • Mengatur strategi dan teknik pengajaran yang sesuai agar tercapai objektif pengajaran.

PELAN TINDAKAN


Penambahbaikan


1. Menggunakan bahan bantu mengajar yang boleh memberi kefahaman yang lebih berkesan kepada pelajar seperti tayangan video penyucian najis atau perbentangan power point.


2. Membuat praktikal di dalam kelas dengan membawa bahan-bahan yang digunakan untuk menyucikan najis. Contohnya najis mughalazah menggunakan air tanah dan air mutlak.


3. Demostrasi daripada pelajar sebagai contoh.


MENGUMPUL DATA

  1. Refleksi terhadap diri sendiri berkenaan dengan teknik pengajaran yang digunakan.

  2. Bertanya pendapat pelajar tentang cara pengajaran yang telah diberikan sama ada sesuai atau tidak.

PEMANTAUAN


1. Pendapat rakan sekerja tentang cara pengajaran


2. Komen yang telah diberikan oleh pelajar.


3. Melihat hasil yang dapat daripada tindakan pelajar.



No comments:

Post a Comment