Sunday, July 26, 2009

MINGGU KEENAM

Pengumpulan Data

oleh : Pn. Sakinah

i) 3 sebab perlu capai kualiti tinggi :

· Tanggungjawab kepada pelajar
· Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
· Keperluan untuk membuat tindakan dan perubahan kepada perkara bermanfaat dengan melakukan kajian tindakan.

ii) Kriteria kualiti

· 2 jenis kriteria iaitu kesahan dan kebolehpercayaan
· Kedua-dua konsep ini kritikal kepada penyelidikan tindakan.

iii) Kesahan/validity
· Merujuk kepada kebenaran data
· Mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

iv) Kebolehpercayaan
· Berkaitan dengan ketepatan data
· Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan kita perlu selalu bertanya :

· Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat?
· Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak ketepatan data.


v) 5 tahap penyelidikan tindakan


1) Mengenalpasti masalah
2) Perancangan tindakan
3) Mengumpul data
4) Analisis data
5) Perancangan untuk tindakan seterusnya.



vi) Mengumpul data.


· Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
· Bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat pengumpulan data
· Pemerhatian (video tape)
· Nota guru dan komen
· Kerja pelajar
· Refleksi pelajar & kerja pelajar
· Jurnal pelajar
· Ujian
· Tinjauan dan soal selidik
· Temuduga (Audio tape)


Tugasan
1) Kemaskini proposal pada bahagian pengumpulan data.
2) Pelajar akan dipanggil secara rawak untuk melihat perkembangan.

No comments:

Post a Comment