Sunday, July 26, 2009

Minggu kesembilan

Analisis Data

oleh Pn. Sakinah

Analisis data merupakan proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan yang menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk di analisis.

Data kualitatif dan kuantitatif boleh di persembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis. Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pertanyaan, bilang dan bandingkan, dan buat anggaran.

Langkah analisis data kualitatif

1) Langkah pertama


· Tengok secara sepintas lalu maklum balas
· Ambil nota atas tema yang muncul, isu, atau factor yang kamu dengar
· Cari item yang berulang dan penting

2) Langkah kedua


· Pilih 3 atau 4 tema/ kategori yang utama dan bina matriks
· Cuba buat carta bukti berkaitan tema utama.
· Tempatkan tema kategori di atas senarai pelajar di tepinya.
· Boleh juga menggunakan warna kod untuk setiap kategori berlainan.

3) Langkah ketiga


· Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
· Baca tinjauan ( soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan tema/kategori yang telah di kenalpasti.
· Seterusnya, rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang di bina.


4) Langkah keempat


· Tanya (Apa yang telah saya dapat)
· Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matrik
o Pola konsep
o Pola sikap
· Tulis/ rekod pemerhatian bawah matriks ( bawah carta matriks)\
· Cth : 2 org pelajar (siapa yang cakap banyak)
· Sentiasa menyebut takut beberapa kali
· Sokongan bacaan jurnal

5) Langkah kelima


· Apa kesimpulannya yang boleh kita buat
· Rekodkan kesimpulan samada bwh matriks atas kertas yang berlainan

6) Langkah keenam


· Tinjauan ( soal selidik lain/ temubual/penilaian)
· Semak semua persoalan kajian
· Bina modul / aktiviti

Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks.

Apakah maklumat yang masih diperlukan
· Atas pelajar
· Atas kaedah
· Maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan data dalam plan-Do-Study- Act cycle plan.

Plan
Nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
Analisis dan kenalpasti tema utama
Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan.


Do
Kumpul data
Buat kajian rintis untuk memastikan strategi di penuhi

Study
Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

Act
Kenalpasti soalan tambahan
Rancang untuk penambahbaikan berterusan

Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan. Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak perlu risau.
Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran yang seterusnya.

Ringkasan data analisis

Panduan untuk analisis data

  • Rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  • Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • Cari tema dan pola.
  • Susun tema dan pola
  • Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong
  • Baca dan baca data lebih daripada sekali
  • Bina imej visual
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan dengan, perbincangan, akan timbul soalan baru
  • Let data speaks to you

    Proses analisis data
  • Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • Cari tema dan pola
  • Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah di buat
  • Bina sub tema jika perlu
  • Simpan nota secara berterusan
  • Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominon muncul
  • Kenalpasti point utama
  • Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

Minggu kelapan

oleh Hjh. Halimah

-Kami menyambung semula pembentangan proposal yang tertangguh pada minggu lepas. Setiap perbentangan haruslah memberi perhatian kerana Hjh Halimah akan mengadakan kuiz berdasarkan kepada pembentangan proposal oleh rakan-rakan kami.

- Hjh. Halimah membetulkan serta menambahbaik apa yang kurang dan perlu di beri perhatian. Sesi soal jawab juga telah berlangsung sepanjang kelas tersebut.

-Pada akhir kelas, kuiz telah di jalankan.

MINGGU KETUJUH

oleh : Hjh Halimah

-Pada hari ini....Setiap kumpulan yang terpilih akan melakukan pembentangan proposal di hadapan kelas.


-Selepas pembentangan dilakukan, sesi soal jawab berlangsung mengenai proposal yang telah dibentangkan tadi.

-Kemudiannya komentar daripada Hjh Halimah tentang proposal yang dibentang oleh kumpulan.

- Terdapat beberapa pembetulan dan penambahbaikan yang dilakukan antaranya ialah prosedur kajian hendaklah ditulis dengan lebih terperinci dan jelas.

- Pada akhir kuliah, Hjh Halimah meminta untuk mengeluarkan sekeping kertas dan meminta kami menulis luahan hati mengenai apa yang kami fahami tentang kajian tindakan bermula daripada awal kelas kajian tindakan sehingga kuliah pada hari ini.

MINGGU KEENAM

Pengumpulan Data

oleh : Pn. Sakinah

i) 3 sebab perlu capai kualiti tinggi :

· Tanggungjawab kepada pelajar
· Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
· Keperluan untuk membuat tindakan dan perubahan kepada perkara bermanfaat dengan melakukan kajian tindakan.

ii) Kriteria kualiti

· 2 jenis kriteria iaitu kesahan dan kebolehpercayaan
· Kedua-dua konsep ini kritikal kepada penyelidikan tindakan.

iii) Kesahan/validity
· Merujuk kepada kebenaran data
· Mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

iv) Kebolehpercayaan
· Berkaitan dengan ketepatan data
· Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan kita perlu selalu bertanya :

· Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat?
· Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak ketepatan data.


v) 5 tahap penyelidikan tindakan


1) Mengenalpasti masalah
2) Perancangan tindakan
3) Mengumpul data
4) Analisis data
5) Perancangan untuk tindakan seterusnya.



vi) Mengumpul data.


· Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
· Bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat pengumpulan data
· Pemerhatian (video tape)
· Nota guru dan komen
· Kerja pelajar
· Refleksi pelajar & kerja pelajar
· Jurnal pelajar
· Ujian
· Tinjauan dan soal selidik
· Temuduga (Audio tape)


Tugasan
1) Kemaskini proposal pada bahagian pengumpulan data.
2) Pelajar akan dipanggil secara rawak untuk melihat perkembangan.

MINGGU KELIMA

oleh : Hjh. Halimah

Pada permulaan kelas kami diminta untuk mengeluarkan sehelai kertas dan menulis maklumat peribadi seperti
  • Nama
  • Nombor matrik
  • Kenapa ingin menjadi guru
  • Siapa guru idola dan mengapa
  • Siapa guru yang tidak suka dan mengapa,
  • Nyatakan tugas guru dan melukis pokok pada akhir kertas dan di tandatangan.
- Pokok mencerminkan kepada keyakinan dan keteguhan seseorang. Semakin besar batang pokok tersebut dan semakin merimbun daunnya, menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bagi seseorang itu.

- Beliau juga menerangkan ‘Education is a sharing profession’ apabila mengulas mengenai persoalan ‘mengapa ingin menjadi guru’.


- Kami juga dikehendaki membuat tugasan mengenai satu kajian tindakan pada Seminar Serantau yang kami hadiri secara berpasangan. Persoalan yang perlu di jawab adalah Apa, kenapa, bagaimana dan prosedur yang digunakan.