Sunday, April 26, 2009

MINGGU PERTAMA.........

PENGENALAN........
Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaannya dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.
Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains?
Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.

Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap masalah yang dihadapi melalui tindakan intervensi bagi tujuan menyelesaikan masalah atau meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

1. Elliott dan Adelman (1973)
-Satu pendekatan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
2. Carr dan Kemmis (1986)
-Satu aktiviti inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilaksanakan oleh guru untuk memahami dan memperbaiki amalannya.

3. McNiff (1988)
-Satu pendekatan untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui perubahan; iaitu menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar dan lebih kritis terhadap amalan mereka sendiri, sehingga bersedia untuk mengubahnya.
4. Lomax (1994)
- KT adalah sumber inovasi pendidikan yang penting kerana ia mengupayakan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
5. Dr. Jamil Ahmad ( 2002 )
Kajian Tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Oleh itu, kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)
Penyelidikan tindakan

- Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan
- Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis
- Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain
- Ia menambahkan pengetahuan praktik guru
KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

Tujuan Kajian
a) Pelaporan / Penerokaan – utk mengutip maklumat awal atau latarbelakang
b) Deskriptif – utk menjelaskan subjek ( penyataan masalah )
c) Explanatori – menjelaskan dan menerangkan sebab sesuatu fenemona berlaku
d) Prediktif – menlah bila dan dlm situasi mana sesuatu fenominum besar kmungkinan akan berlaku.
KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan;menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita.
Jenis Kajian
1. Kajian tindakan ada 2 kompenan
a) bhg penyelidikan
b) Bhg tindakan.
Tujuan
a) mengepasti masalah
b) utk menyelesaikan masalah.
2. Kajian konvensional :
a) Kajian kuantitatif
b) Kajian kualitatif
Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.
Kajian Kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning)

Langkah asas Kajian tindakan
1. meninjau amalan semasa
2. kenalpasti maslah utk diselidik
3. bagaimana anda memperbaiki amalan secara praktik
4. cuba selesai dan nilai semula
5. ubah amalan mengikut maklum balas dr langkah 4
6. teruskan memantau amalan
7. lihat semula dan nilai amalan yg telah diubah
KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN
-untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif
-Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan. Ciri-ciri Sains
a) Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.
b)Boleh diulang(replicable) Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang digunakan sebelumnya.
c) Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal.
d) Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas.
e)Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.
f) Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.
ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU
(a) Autoriti
Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media
(b) Tradisi
Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai
(c) Pengetahuan Umum
Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa
yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya
(d) Mistri Media
Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat
(e) Pengalaman Peribadi
Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:
• Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain.
• Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain.
• Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.
• Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.
KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK
- lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data
- berasaskan logik and pencerapan
Model Sains Tradisi
(a) Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis.
(b) Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah.
(c) Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.
(a) Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. (pencerapan)
(b) Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. (teori)
KRITERIA KAJIAN YANG BAIK
(a) Tujuan Kajian yang Jelas –untuk mengelakkan kekeliruan.
(b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain.
(c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error).
(d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang
tinggi.
(e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas.
(f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian.
ETIKA KAJIAN
• kerahsiaan peserta kajian;
• penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya;
• keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
• menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
• reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan
• tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.
Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.
Kajian gunaan –ı Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
Kajian kuantitatif –ı Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.
Kajian kualitatif –ı Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya.
Kajian tindakan –ı Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.